Saturday, November 28, 2009

"ke mana hilangnya saya?"

dah lama saya tak update blog ni. ye, lepas exam saya pulang ke rumah. huhuhu. charger lappy saya rosak dan berjaya mematahkan jari jemari saya untuk terus berkarya. alahai! huhuhuh...

dan sekarang ini, mata saya sudah merah. ye, saya sedang mengalami sakit mata. alahai lagi!

hehehehe... okeh, apa cerita terbaru saya?

tak ada.

alahai lagi, kesian!

huhuhuh.... masa raya hari tu, mak tanya lagi pasal bf. aduhaai mak ku sayang... penat saya eksplain, dah banyak kali. saya masih belum mahu bercinta. Selain banyak benda yang saya masih mahu kecapi, saya juga masih belum nampak sesiapa yang betul2 bersungguh mahu menjaga saya. ini tentang hidup. hidup saya sepanjangnya bersama 'si dia'. saya rasa saya sudah cukup matang untuk menimbang tara semua perkara. ye, sudah tidak mahu terburu-buru.

"ke, sebenarnya saya masih lagi bermain dengan fantasi cinta pertama saya? hahaha~~~ saya memang hebat berhalusinasi. sayangnya..."

sudah-sudah. abaikan bebelan ini.

okeh, saya pergi dulu ye? tata!

Monday, November 16, 2009

"Cinta si lumba-lumba"

Glitter Graphics

Glitter Animal Graphics



Cinta si lumba-lumba,
bahagia walau jauh
gemersik gemanya menusuk jiwa.

Sunday, November 15, 2009

"Hati"


Glitter Text @ Glitterfy.com

"Sandaran rindu"

"Semalam telah kau nyanyikan aku
asmara rindu- membuat hatimu
merayu setia dan menjanji syurga."

Kuterima rindumu membalut indah malamku yang sepi tanpa hadirmu. Lalu sepotong puisi kuadun mesra, melingkar kasih yang tak terucap balik ulas bibir yang terkatup bisu.

Kutahu kau mengerti rinduku meski sekian kali kucuba sembunyi dan pergi menidakkan segala rahsia dalam hati, dan terjahmu mengena setiap kali- pasti menusuk ke sukma dan kalbuku lagi.

Tunggulah kekasih sekejap lagi, kan kusambut erat huluran jemari bersama meniti titi-titi syurgawi pada batas ceria si pelangi pagi.

"Semoga salam kasihku kau dengari, walau
sebenarnya masih kejap dalam sanubari-
kerana pada waktu telah kusandarkan rinduku."

"Mahsuri"

Telahku lukiskan senyum
melarik merah secalit pada ulas bibir,
dan warna pada kelopak mata seakan menjeling tajam
mencari plat warna pada kongsi indah alam,
mengoncang sesak nafasmu,
berkongsi debar.
______________________________________________________________.
usah ... jangan sekali kau berani bertanyakan tentang aku,

luka ini akan sembuh bila tiba masanya.
_______________________________________________________________.
Menolak tuahkah Mahsuri dari ampun persulaan?
menitis darah putihpun tidak mungkin; lagi.

"To the words unspoken"

Senyap.
___________________________________________________________________.

Tak, ni memang tak tipu. Memang dah kena padam semua entries. Kenapa?

> Tak ada sebab. Saya bosan. Saya nak ubah semua pemboleh ubah dalam hidup saya. Mungkinkah? heheh. (Nak tahu kena tunggu sebab hidup saya masih belum jumpa penghujungnya.)


15-09-2009 hari terakhir peperiksaan untuk sem ni. Antara percaya dengan tak je sebab semester ni paling teruk dalam sejarah hidup saya sebagai pelajar. Membuka pekung di dada kiranyalah kalau saya cakap saya ada lagi 4 assignment yang masih belum hantar- dari 2 matapelajaran. Alasan? Memang kukuh tapi rasa macam tak gamak nak cerita panjang-panjang. Kenapa? Sebab saya rasa saya ni LOSER. Kasihan? Sila jangan sebab saya tak mahu menjadi lemah dan akhirnya hilang tanpa disedari.

Tinggal beberapa hari je lagi dalam semester ni sebelum habis satu lagi semi-rutin dalam hidup bergelar sebagai seorang pelajar. 07-12-2009 nanti baru buka balik semester, jadi sementara ni memang akan bercuti dengan tenang. (Sure, after all the assignment have been submitted okeh!)
___________________________________________________________________.

korang kenal tak simbol ni? ===========> <3

Hati. Betul dan sekarang saya nak berbicara tentang hati. Semalam, saya mimpi lagi: [dia mencari saya, saya dapat tahu dari kawan-kawan.] Sebelum ni pun saya pernah mimpi perkara yang sama. Banyak kali. Cuma bezanya, latar dan suasana. Intipati mimpi tetap sama. Apakah maksud mimpi ni? Dia betul-betul mencari sayakah atau sebenarnya saya sememangnya sangat-sangat merindui dia? Serius, saya sendiri tak faham dan tak tahu. Sentiasa dia.

*Dia yang dimaksudkan adalah seorang lelaki, insan yang pertama saya suka-lebih kepada sayang. Kami tak pernah ada apa-apa hubungan cuma saya tahu dia suka saya dan saya suka dia. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan hubungan ini tidak menjadi(salah siapa? Jujurnya,saya). Ohhh..., Dia cinta pertama saya.*


Sila, kamu bebas gelakkan saya. x__________x

___________________________________________________________________.



Bahtera rindu teroleng-oleng laut kenangan,
mencari pantai berhias suci buih putih-
sampai waktu ia datang bergelora,
memukul sedar sebuah nyata.

Sebuah rindu, asyik.

_____________________________________________________________.

...to the words unspoken."